//Simple is better

Bonjour!
Hey ! Good days to you!


Welcome to my . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman to kill you!. :D

Status : Taken by MY SUPERMAN :D


Tagboard
Footprints here!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Sya

Resepi kek puding karamel :)
Assalamualaikum and Anyeonghaseyo ! Aloha guys! Harini Sha nak share resepi Kek Puding Karamel untuk korang :) Moga resepi ni bermanfaat untuk korang ye ~ Okay , jom kita tengok camne nak buat kek puding karamel niyh ~


Bahan-bahan untuk Gula Hangus:

2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)- letak 2 sb gula
Loyang 8 inci / 20cm - mama guna 9 inci

Cara-cara:
Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.- mama tabur gula merata atas loyang
Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang
Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding
400ml fresh milk / susu cair
3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
2 biji telur
140 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:

Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih seperti
Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1.

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
70 gram gula castor - letak 60 gm
1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara:
Pukul putih telur sehingga berbuih.
Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan 2 :
3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
130 ml air
50 ml minyak masak
70 gram gula castor - letak 60 gm
140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
1.Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
2.Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
3.Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang.Matikan mixer.
4.Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
5. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 . Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata6. secara kaup balik.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.Warnakan dengan warna pilihan anda.
8. Sudukan ke dalam loyang puding tadi secara selang seli. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding . Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
9. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
10. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.-mama bakar guna api 170 degree selama 40 min api bawah saja. tambah 10 min api atas bawah.suhu bergantung pd oven masing2
11. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
12. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
13. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
14. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

Untuk memudahkan pemahaman Cara Membuat Layer Pelangi seperti di bawah:
4 sudu besar purple diletakkan di atas adunan puding
4 sudu besar hijau diletakkan di tengah adunan purple
4 sudu besar merah di letakkan di tengan adunan hijau
ulang sebanyak 2 kali lagi - mama guna 2 senduk kecil utk setiap kali lapisan

3 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
3 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
3 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
ulang sebanyak 3 kali lagi - mama sha guna 1 1/2 senduk kecil utk setiap kali lapisan

2 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
2 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
2 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
ulang sebanyak 2 kali lagi- mama sha guna 1 senduk kecil utk setiap kali lapisan 1 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah 1 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple 1 sudu besar merah di letak atas adunan hijau buat sehingga habis semua adunan. 

#Okeyh , tu jela yang Sha dapat kat pakcik google tadi . Adios guys ~ :D